SEPTEMBER 2025

Mesyuarat Khas Premier Di TRX Mantapkan Struktur PERKIM


Kuala Lumpur,  29 September 2025 - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Johari bin Tun Datuk Abg Openg merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan  Kebangsaan Islam Malaysia ( PERKIM ) telah hadir mempengerusi mesyuarat khas tersebut diatas bertempat di Bilik Lembaga Langkawi,Level 41, Menara Affin, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. 

Tujuan utama Mesyuarat adalah untuk memantapkan lagi halatuju organisasi melalui tadbir urus telus, perkongsian tanggungjawab dan penyelarasan dasar yang kukuh bagi menjaminkan keberkesanan dakwah serta kelangsungan perjuangan Islam di Malaysia. 

Hadir dalam  Mesyuarat Khas tersebut adalah Naib-Naib Yang DiPertua, YB Dato Seri Dr Shahidan Kassim, Dr Mohd Riduan Tee Abdullah, Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad dan Ustaz Haji Mohamad Fitri Abdullah.

Turut hadir Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Dato Dr Haji Mohamad Marzuki bin Mohamad Omar dan Bendahari Kehormat PERKIM, Datu Haji Mersal Abang Rosli.